Skip to content
In forceUpdated to 8 Feb 2013Read it in English
Contents

Bahagian IX · Pertikaian dan Tribunal Pengurusan Strata

112. Rundingan penyelesaian

(1)

Tribunal hendaklah, berkenaan dengan tiap-tiap tuntutan dalam bidang kuasanya, menilai sama ada, dalam semua hal keadaan, sesuai bagi Tribunal untuk membantu pihak-pihak itu untuk merundingkan suatu penyelesaian yang dipersetujui berhubung dengan perkara itu.

Undang-Undang Malaysia 122

(2)

Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), dalam membuat sesuatu penilaian, Tribunal hendaklah mengambil kira apa-apa faktor yang, pada pendapat Tribunal, berkemungkinan akan menjejaskan kemampuan salah satu atau kedua-dua pihak untuk merundingkan suatu penyelesaian yang dipersetujui.

(3)

Jika pihak-pihak itu mencapai penyelesaian yang dipersetujui,

Tribunal hendaklah meluluskan dan merekodkan penyelesaian itu, dan penyelesaian itu hendaklah kemudiannya berkuat kuasa seolah-olah penyelesaian itu ialah award Tribunal.

(4)

Jika—

(a)

ternyata kepada Tribunal bahawa adalah tidak sesuai untuknya membantu pihak-pihak untuk merundingkan suatu penyelesaian yang dipersetujui berhubung dengan perkara itu; atau

(b)

pihak-pihak itu tidak dapat mencapai penyelesaian yang dipersetujui berhubung dengan perkara itu,

Tribunal hendaklah meneruskan untuk menentukan tuntutan itu.

Report

Bahagian

Bahagian 2 Jadual Keempat, dan boleh memasukkan dalam award itu apa-apa ketetapan dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan adil.

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Pelbagai

Schedules