Skip to content
In forceUpdated to 8 Feb 2013Read it in English
Contents

Bahagian X · Penguatkuasaan

129. Senarai benda yang disita

(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), jika apa-apa buku, daftar, dokumen atau rekod lain disita di bawah Bahagian ini, pegawai yang menyita hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan menyediakan suatu senarai benda yang disita dan mengenai tempat di mana buku, daftar, dokumen atau rekod lain itu masing-masing dijumpai dan menyerahkan suatu salinan senarai itu yang ditandatangani olehnya kepada penghuni premis yang telah digeledah, atau kepada ejen atau pekhidmatnya, di premis itu.

(2)

Jika premis itu tidak berpenghuni, pegawai yang menyita itu hendaklah bilamana mungkin menampalkan senarai benda yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.

Report

Bahagian XI

Pelbagai

Schedules