Skip to content
In forceUpdated to 8 Feb 2013Read it in English
Contents

Bahagian X · Penguatkuasaan

128. Capaian kepada data berkomputer

(1)

Pesuruhjaya atau pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu penggeledahan di bawah seksyen 126 atau 127 hendaklah diberi capaian kepada data berkomputer sama ada yang disimpan dalam suatu komputer atau selainnya.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, “capaian”—

(a)

termasuklah diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan data berkomputer difahami; dan

Undang-Undang Malaysia 132

(b)

mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(2) dan (5) Akta Jenayah Komputer 1997

[Akta 563].

Report

Bahagian XI

Pelbagai

Schedules