Skip to content
In forceUpdated to 8 Feb 2013Read it in English
Contents

Bahagian X · Penguatkuasaan

130. Pelepasan benda yang disita

Feedback & support
(1)

Jika apa-apa buku, daftar, dokumen atau rekod lain telah disita di bawah Akta ini, Pesuruhjaya atau pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu, boleh pada bila-bila masa selepas itu melepaskan buku, daftar, dokumen atau rekod lain itu kepada orang yang diputuskan olehnya sebagai berhak secara sah kepada buku, daftar, dokumen atau rekod lain itu jika dia berpuas hati bahawa buku, daftar, dokumen atau rekod lain itu tidak dikehendaki selainnya bagi maksud mana-mana prosiding di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dan dalam hal sedemikian pegawai yang membuat penyitaan itu, Kerajaan, Pesuruhjaya atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan atau Pesuruhjaya tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan buku, daftar, dokumen atau rekod lain itu telah dibuat dengan suci hati.

(2)

Suatu rekod bertulis hendaklah dibuat oleh Pesuruhjaya atau pegawai diberi kuasa yang membuat pelepasan mana-mana buku, daftar, dokumen atau rekod lain di bawah subseksyen (1)

yang menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi

Pengurusan Strata 133

pelepasan itu dan dia hendaklah menghantarkan suatu salinan rekod itu kepada Pendakwa Raya dan Ketua Polis Negara dalam masa tujuh hari dari pelepasan itu.

Report

Bahagian XI

Pelbagai

Schedules