Skip to content
In forceUpdated to 8 Feb 2013Read it in English
Contents

Bahagian X · Penguatkuasaan

134. Kehendak supaya menyediakan terjemahan

(1)

Jika Pesuruhjaya atau seseorang pegawai diberi kuasa menjumpai, menyita, menahan, atau mengambil milikan mana-mana buku, daftar, dokumen atau rekod lain dalam menjalankan mana-mana kuasa di bawah Akta ini, dan buku, daftar, dokumen atau rekod lain itu atau sebahagiannya adalah dalam suatu bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, atau dalam apa-apa isyarat atau kod, Pesuruhjaya atau pegawai diberi kuasa boleh secara lisan atau bertulis menghendaki orang yang mempunyai milikan, jagaan atau kawalan terhadap buku, daftar, dokumen atau rekod lain itu supaya memberikan kepada Pesuruhjaya atau pegawai diberi kuasa itu suatu terjemahan dalam bahasa kebangsaan bagi buku, daftar, dokumen atau rekod lain itu dalam tempoh, pada pendapat

Pesuruhjaya atau pegawai diberi kuasa, yang munasabah dengan mengambil kira panjangnya buku, daftar, dokumen atau rekod lain itu, atau hal keadaan lain yang berhubungan dengannya.

(2)

Tiada seorang pun boleh dengan disedarinya memberikan suatu terjemahan di bawah subseksyen (1) yang bukannya suatu terjemahan yang tepat, jujur dan benar, atau dengan disedarinya membuat suatu terjemahan di bawah subseksyen itu yang bukannya tepat, jujur dan benar.

(3)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian XI

Pelbagai

Schedules