Akta Pengurusan Strata 2013 · Updated to 8 Feb 2013 · Bahagian X · Penguatkuasaan
133. Halangan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seseorang yang—
enggan memberikan Pesuruhjaya atau mana-mana pegawai diberi kuasa akses kepada mana-mana premis yang Pesuruhjaya atau pegawai diberi kuasa itu berhak kepadanya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;
mengamang, menghalang, menggalang atau melengahkan
Pesuruhjaya atau mana-mana pegawai diberi kuasa dalam membuat apa-apa kemasukan yang Pesuruhjaya atau pegawai diberi kuasa itu berhak membuatnya di bawah
Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini; atau
enggan memberi Pesuruhjaya atau mana-mana pegawai diberi kuasa apa-apa maklumat yang berhubungan dengan sesuatu kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah
Akta ini atau perundangan subsidiarinya atau apa-apa maklumat lain yang boleh dikehendaki daripadanya secara munasabah dan yang ada dalam pengetahuannya atau dalam kuasanya untuk memberikannya,
Pengurusan Strata 135
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Bahagian XI