Skip to content

Seksyen 102

Permintaan bagi pengeluaran sepina

of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998

ActIn forceProvision 102 of 248
Seksyen 102
(1)

Sebelum suatu sepina dikeluarkan suatu permintaan dalam

Borang MS 20 bagi pengeluaran sepina itu hendaklah difailkan di

Mahkamah; dan permintaan itu hendaklah mengandungi nama dan alamat pihak yang meminta sepina itu dikeluarkan jika dia bertindak secara sendiri, atau nama firma dan alamat perniagaan Peguam Syarie pihak itu.

(2)

Pengeluaran sesuatu sepina terlaksana sebaik sahaja sepina itu dimeteraikan oleh seorang pegawai Mahkamah.

(3)

Sesuatu sepina hendaklah mengikut salah satu bentuk dalam

Borang MS 21, MS 22 atau MS 33, mengikut kehendak kes.