Skip to content

Seksyen 109

Kehadiran banduan sebagai saksi atau pihak

of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998

ActIn forceProvision 109 of 248
Seksyen 109
(1)

Sesuatu permohonan untuk mendapat suatu perintah supaya seseorang yang dikurung di dalam penjara dikemukakan di hadapan

Mahkamah boleh dibuat kepada Mahkamah secara ex parte melalui notis dalam Borang MS 24 dan disokong dengan afidavit.

(2)

Melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah, kos membawa saksi dalam jagaan selamat dari tempat tahanan ke

Mahkamah dan balik hendaklah mula-mula sekali dibayar oleh pihak yang atas permohonannya perintah itu dikeluarkan dan hendaklah menjadi kos dalam kausa.

(3)

Suatu perintah oleh Mahkamah supaya orang yang sedemikian dikemukakan hendaklah dalam Borang MS 25.