Seksyen 114
Salinan dokumen hendaklah dilampirkan pada afidavit
of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998
ActIn forceProvision 114 of 248
Seksyen 114
(1)
Salinan apa-apa dokumen yang hendak digunakan berhubungan dengan sesuatu afidavit hendaklah dilampirkan pada afidavit itu sebagai ekshibit.
(2)
Sesuatu ekshibit pada sesuatu afidavit hendaklah dikenal pasti melalui perakuan orang yang di hadapannya afidavit itu diangkat sumpah, dan perakuan itu hendaklah dalam Borang MS 27.