Seksyen 118
Pemeriksaan balas
of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998
Mana-mana pihak yang berhasrat hendak mempertikaikan fakta yang dideposkan dalam suatu afidavit boleh menyampaikan kepada pihak yang memfailkan afidavit itu notis tentang hasrat untuk memeriksa balas deponen itu, dan sesudah itu, jika deponen itu tidak dikemukakan bagi pemeriksaan balas, Mahkamah hendaklah, kecuali dalam hal keadaan khas, menolak atau tidak mengambil kira afidavit itu.
(2)
Mahkamah boleh atas kehendaknya sendiri menghendaki kehadiran mana-mana deponen untuk diperiksa mengenai afidavitnya dan, jika dia tidak hadir, boleh menolak atau tidak mengambil kira afidavit itu.
Tatacara Mal Mahkamah Syariah
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)