Skip to content

Seksyen 108

Rekod Mahkamah

of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998

ActIn forceProvision 108 of 248
Seksyen 108
(1)

Seseorang pegawai Mahkamah tidak boleh dikehendaki melalui sepina untuk mengemukakan rekod Mahkamah.

(2)

Jika salinan asal mana-mana rekod Mahkamah atau mana-mana dokumen yang difailkan di Mahkamah itu dikehendaki kerana apa-apa sebab khas, suatu permintaan bagi pengemukaannya bolehlah, atas permohonan pihak yang menghendakinya, dialamatkan oleh Pendaftar kepada Mahkamah itu.

(3)

Tiada tanda boleh diletakkan pada mana-mana rekod atau dokumen yang dikemukakan di bawah seksyen ini.

60

Undang-Undang Malaysia