Skip to content

Seksyen 190

Afidavit

of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998

ActIn forceProvision 190 of 248
Seksyen 190
(1)

Tiap-tiap permohonan hendaklah disokong dengan afidavit.

98

Undang-Undang Malaysia

(2)

Mana-mana pihak—

(a)

yang memfailkan afidavit yang dicadangkan hendak digunakan olehnya dalam apa-apa prosiding berhubungan dengan permohonan itu; atau

(b)

yang bercadang untuk menggunakan dalam mana-mana prosiding sedemikian apa-apa afidavit yang difailkan olehnya dalam prosiding yang terdahulu, hendaklah memberikan notis kepada tiap-tiap pihak lain tentang pemfailan itu atau tentang cadangannya hendak berbuat demikian, mengikut mana-mana yang berkenaan.