Skip to content

Seksyen 197

Kuasa Mahkamah untuk memberikan perintah interim

of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998

ActIn forceProvision 197 of 248
Seksyen 197
(1)

Tertakluk pada Bab ini, Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa, mengikut budi bicaranya, untuk memberikan apa-apa perintah interim atas apa-apa terma yang difikirkannya patut dan boleh memberikan apa-apa arahan tentang prosiding selanjutnya.

(2)

Sesuatu permohonan untuk mendapatkan perintah interim hendaklah dibuat dalam Borang MS 50 dan disokong dengan afidavit.