Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian XX · Prosiding Interlokutori dan Perintah Interim

199. Penahanan, pemeliharaan, dsb., hal perkara kausa atau perkara

Feedback & support
(1)

Atas permohonan mana-mana pihak dalam sesuatu kausa atau perkara, Mahkamah boleh membuat suatu perintah bagi penahanan, pemeliharaan atau penjagaan mana-mana harta yang menjadi hal perkara kausa atau perkara itu, atau yang mengenainya apa-apa soalan mungkin berbangkit dalamnya, atau bagi pemeriksaan

Tatacara Mal Mahkamah Syariah

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

101

mana-mana harta sedemikian dalam milikan suatu pihak dalam kausa atau perkara itu.

(2)

Bagi maksud membolehkan apa-apa perintah di bawah subseksyen (1) dijalankan, Mahkamah boleh melalui perintah itu memberi kuasa kepada mana-mana orang untuk memasuki mana-mana harta tak alih dalam milikan mana-mana pihak dalam kausa atau perkara itu.

(3)

Jika hak mana-mana pihak kepada suatu dana tertentu dipertikaikan dalam suatu kausa atau perkara, Mahkamah boleh, atas permohonan suatu pihak dalam kausa atau perkara itu, memerintahkan supaya dana itu dibayar ke dalam Mahkamah atau selainnya dijamin.

Report

Bahagian XXI

Kuasa Hakim dan Pendaftar

Bahagian XXII

Wang dan Harta di dalam Mahkamah

Bahagian XXIII

Kos, Elaun dan Fi Mahkamah

Bahagian XXIV

Penghinaan Mahkamah

Bahagian XXV

Pelbagai

Schedules