Seksyen 192
Penangguhan
of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998
ActIn forceProvision 192 of 248
Seksyen 192
(1)
Pendengaran sesuatu permohonan boleh ditangguhkan dari semasa ke semasa, sama ada secara umum atau kepada suatu tarikh tertentu, mengikut mana-mana yang sesuai.
(2)
Jika pendengaran itu ditangguhkan secara umum, maka pihak yang membuat permohonan itu boleh memasukkannya semula dengan memberikan notis dua hari genap sebelum tarikh yang ditetapkan bagi pendengaran kepada semua pihak lain yang kepada mereka salinan permohonan itu telah disampaikan.
Tatacara Mal Mahkamah Syariah
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
99