Skip to content

Seksyen 203

of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998

ActIn forceProvision 203 of 248

Seksyen 203

(1)

Jika difikirkan oleh Mahkamah perlu atau suaimanfaat bagi maksud mendapatkan maklumat atau keterangan penuh dalam mana-mana kausa atau perkara, Mahkamah boleh atas permohonan mana-mana pihak dalam kausa atau perkara itu, dan atas apa-apa terma, jika ada, yang difikirkannya adil, melalui perintah membenarkan atau menghendaki supaya diambil apa-apa sampel mana-mana harta yang menjadi hal perkara kausa atau perkara itu atau yang mengenainya apa-apa soalan mungkin berbangkit dalamnya, apa-apa pemerhatian hendak dibuat tentang harta itu atau apa-apa ujikaji diujikan ke atas atau dengan harta itu.

(2)

Bagi maksud membolehkan mana-mana perintah di bawah subseksyen (1) dijalankan, Mahkamah boleh melalui perintah itu memberi kuasa kepada mana-mana orang untuk memasuki mana-mana harta tak alih dalam milikan mana-mana pihak dalam kausa atau perkara itu.

Tatacara Mal Mahkamah Syariah

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

(3)

Suatu permohonan di bawah seksyen ini hendaklah disokong dengan afidavit.

Penjualan harta mudah musnah, dsb.