Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian VI · Darihal Rayuan dan Penyemakan
140. Rayuan yang dibenarkan secara khas dalam kes tertentu
Feedback & supportHakim Mahkamah Tinggi Syariah boleh, atas permohonan mana-mana orang yang ingin merayu yang dihalangi daripada berbuat demikian atas alasan dia tidak mematuhi sesuatu formaliti atau sesuatu kehendak Akta ini, membenarkan rayuan atas apa-apa terma dan dengan apa-apa arahan kepada Mahkamah Rendah Syariah dan kepada pihak-pihak itu sebagaimana yang pada pendapat Hakim itu adalah patut, supaya keadilan substansial boleh dilakukan dalam perkara itu, dan boleh, bagi maksud itu, melanjutkan apa-apa tempoh masa yang ditetapkan oleh subseksyen 138 (1) atau (4).