Seksyen 157
Penghantaran rekod kepada Mahkamah Rayuan Syariah
of Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
ActIn forceProvision 157 of 231
Seksyen 157
(1)
Apabila perayu telah mematuhi seksyen 153 dan 155,
Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah dengan segera menghantar kepada Mahkamah Rayuan Syariah empat salinan rekod
98 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
prosiding kes itu, bersama dengan empat salinan notis rayuan dan petisyen rayuan.
(2)
Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah juga memberi responden atau Peguam Syarienya suatu salinan rekod prosiding kes itu dan suatu salinan notis rayuan dan petisyen rayuan itu.