Seksyen 160
Rayuan tidak boleh berkuat kuasa sebagai penggantungan pelaksanaan
of Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
Kecuali dalam kes-kes yang disebut dalam subseksyen (3)
dan seksyen 159, tiada rayuan boleh berkuat kuasa sebagai penggantungan pelaksanaan tetapi Mahkamah perbicaraan atau
Mahkamah
Rayuan
Syariah boleh menggantung pelaksanaan mana-mana penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman sementara menanti rayuan atas apa-apa terma tentang jaminan bagi pembayaran apa-apa wang atau pelaksanaan atau ketidaklaksanaan apa-apa
Tatacara Jenayah Syariah 99
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
perbuatan atau penjalanan mana-mana hukuman yang diperintah oleh atau dalam penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman itu sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah.
(2)
Jika perayu kesudahannya dihukum dengan hukuman pemenjaraan, tempoh pelaksanaan hukuman itu digantung hendaklah ditolak semasa menghitung tempoh hukumannya melainkan jika
Mahkamah Rayuan Syariah memerintahkan selainnya.
(3)
Dalam kes sabitan yang melibatkan hukuman sebat —
(a)
hukuman itu tidak boleh dalam mana-mana kes dilaksanakan sehingga selepas habis tempoh masa notis rayuan boleh diberikan di bawah seksyen 153, dan atau apa-apa pelanjutan tempoh di bawah seksyen 158; dan
(b)
jika notis diberikan sedemikian, hukuman itu tidak boleh dilaksanakan sehingga selepas rayuan itu diputuskan.