Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English

Bahagian VI · Darihal Rayuan dan Penyemakan

149. Perakuan dan akibat penghakiman

Feedback & support
(1)

Apabila sesuatu kes yang dirayukan diputuskan oleh

Mahkamah Tinggi Syariah di bawah Bab ini, ia hendaklah memaklumkan penghakiman atau perintahnya kepada Mahkamah yang merekodkan atau menjatuhkan dapatan, hukuman atau perintah yang dirayukan itu.

(2)

Apabila sesuatu rayuan tidak ditolak, perakuan sedemikian hendaklah menyatakan alasan-alasan yang berdasarkannya rayuan itu telah dibenarkan atau keputusan Mahkamah Rendah Syariah telah diubah.

(3)

Mahkamah yang kepadanya Mahkamah Tinggi Syariah memaklumkan penghakiman atau perintahnya hendaklah sesudah itu membuat apa-apa perintah yang menepati penghakiman atau perintah

Mahkamah Tinggi Syariah itu dan, jika perlu, rekod hendaklah dipinda mengikutnya.

Report

Bahagian VII

Peruntukan Tambahan

Bahagian VIII

Schedules