Seksyen 151
Kos
of Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
Tertakluk kepada subseksyen yang berikut, dalam semua prosiding di bawah Bab ini dan Bab 3, Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai kuasa untuk mengaward apa-apa kos yang difikirkannya patut dibayar oleh pengadu kepada tertuduh atau oleh tertuduh kepada pengadu:
Tatacara Jenayah Syariah 95
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Dengan syarat bahawa tiada kos boleh diawardkan dalam mana-mana prosiding yang dibawa terhadap sesuatu perintah pembebasan.
(2)
Kos itu hendaklah ditaksirkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada masa ia memberikan keputusannya.
(3)
Walau bagaimanapun, tiada kos boleh diawardkan sama ada terhadap atau memihak kepada Pendakwa.
DARIHAL RAYUAN KEPADA MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH