Seksyen 147
Perintah untuk mengambil keterangan lanjut
of Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
Dalam menguruskan apa-apa rayuan di bawah Bab ini,
Mahkamah Tinggi Syariah, jika difikirkannya bahawa keterangan tambahan adalah perlu, boleh sama ada mengambil keterangan itu sendiri atau mengarahkan supaya keterangan itu diambil oleh
Mahkamah Rendah Syariah.
(2)
Apabila keterangan tambahan diambil oleh Mahkamah Rendah
Syariah, ia hendaklah memaklumkan keterangan itu kepada
Mahkamah Tinggi Syariah yang sesudah itu hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, menyelesaikan rayuan itu.
(3)
Melainkan jika Mahkamah Tinggi Syariah mengarahkan selainnya, tertuduh atau Peguam Syarienya hendaklah hadir apabila keterangan tambahan itu diambil.