Seksyen 142
Menetapkan rayuan dalam senarai
of Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
Apabila diterima dokumen yang disebut dalam seksyen 139,
Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah menomborkan rayuan itu dan memasukkannya dalam senarai rayuan untuk didengar dan memberi pihak-pihak dalam rayuan itu notis bahawa rayuan itu telah dimasukkan sedemikian.
(2)
Dengan seberapa segera selepas tarikh itu ditetapkan Pendaftar hendaklah memberi pihak-pihak itu notis mengenai tarikh pendengaran rayuan itu.
(3)
Dalam mana-mana kes Hakim Mahkamah Tinggi Syariah boleh, atas usulnya sendiri atau atas permohonan suatu pihak yang berkenaan dan dengan notis yang munasabah kepada pihak-pihak dalam kes itu, mempercepat atau menangguhkan pendengaran sesuatu rayuan.