Skip to content

Seksyen 155

Petisyen rayuan

of Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997

ActIn forceProvision 155 of 231
Seksyen 155
(1)

Dalam masa sepuluh hari selepas tarikh penyampaian rekod yang disebut dalam subseksyen 154(2), perayu hendaklah memfailkan dengan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah suatu

Tatacara Jenayah Syariah 97

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

petisyen rayuan dan lima salinannya yang dialamatkan kepada

Mahkamah Rayuan Syariah.

(2)

Tiap-tiap petisyen rayuan hendaklah ditandatangani oleh perayu atau Peguam Syarienya dan hendaklah mengandungi butir-butir tentang perkara undang-undang atau fakta yang berkenaan dengannya Mahkamah perbicaraan dikatakan telah silap, dan, kecuali dengan kebenaran Mahkamah Rayuan

Syariah, perayu tidak boleh semasa pendengaran rayuan itu dibenarkan bergantung atas apa-apa alasan rayuan selain yang dinyatakan dalam petisyen itu.

(3)

Jika suatu petisyen tidak difailkan dalam masa yang ditetapkan oleh seksyen ini, rayuan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik, tetapi tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh disifatkan mengehadkan atau menyekat kuasa untuk melanjutkan masa yang diberikan kepada Mahkamah Rayuan Syariah oleh seksyen 158.