Skip to content

Seksyen 143

Tatacara pada pendengaran

of Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997

ActIn forceProvision 143 of 231
Seksyen 143
(1)

Apabila tiba masa untuk mendengar rayuan, perayu hendaklah didengar terlebih dahulu untuk menyokong rayuan itu, kemudian responden hendaklah didengar untuk menentangnya, dan perayu hendaklah berhak untuk menjawab.

(2)

Jika perayu tidak hadir untuk menyokong rayuannya,

Mahkamah boleh menimbangkan rayuannya dan boleh membuat apa-apa keputusan tentangnya yang difikirkannya patut:

92 Undang-Undang Malaysia AKTA 560

Dengan syarat bahawa Mahkamah boleh enggan menimbangkan rayuan itu atau membuat apa-apa perintah sedemikian dalam kes perayu yang berada di luar bidang kuasa atau yang tidak hadir sendiri di hadapan Mahkamah menurut syarat yang dikenakan apabila dia dibenarkan dijamin, kecuali atas terma-terma yang difikirkan oleh

Mahkamah patut dikenakan.

Ketidakhadiran responden