Seksyen 154
Rekod prosiding
of Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
ActIn forceProvision 154 of 231
Seksyen 154
(1)
Apabila suatu notis rayuan telah difailkan, Hakim yang memberikan keputusan itu hendaklah, jika dia belum menulis penghakimannya, merekodkan alasan-alasan keputusannya secara bertulis, dan penghakiman bertulis atau alasan-alasan keputusan itu hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod prosiding itu.
(2)
Dengan seberapa segera yang mungkin selepas notis rayuan difailkan, Pendaftar hendaklah menyebabkan disampaikan kepada perayu atau Peguam Syarienya suatu salinan rekod prosiding itu.