Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian VI · Darihal Rayuan dan Penyemakan
165. Penghakiman atau perintah hendaklah dimaklumkan kepada Mahkamah perbicaraan
Feedback & supportApabila sesuatu kes yang dirayukan diputuskan,
Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah memaklumkan penghakiman atau perintahnya kepada Mahkamah perbicaraan.
Mahkamah perbicaraan hendaklah sesudah itu membuat apa-apa perintah yang menepati penghakiman atau perintah
Mahkamah Rayuan Syariah dan, jika perlu, rekod hendaklah dipinda mengikutnya.
Apabila mana-mana rayuan ditarik balik atau diberhentikan,
Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah memberitahu
Mahkamah perbicaraan sewajarnya dan, jika apa-apa penggantungan pelaksanaan telah dibenarkan, hukuman atau perintah Mahkamah perbicaraan hendaklah dikuatkuasakan dengan segera, tetapi tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh disifatkan mengehadkan atau
102 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
menyekat kuasa untuk melanjutkan masa yang diberikan kepada
Mahkamah Rayuan Syariah oleh seksyen 158.