Skip to content

Seksyen 166

Persoalan yang dikhaskan untuk Mahkamah Rayuan Syariah

of Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997

ActIn forceProvision 166 of 231
Seksyen 166
(1)

Apabila mana-mana orang telah, dalam suatu perbicaraan di hadapan Mahkamah Tinggi Syariah yang menjalankan bidang kuasa asal jenayahnya, disabitkan atas suatu kesalahan, Hakim boleh, jika difikirkannya patut, mengekhaskan bagi keputusan Mahkamah

Rayuan Syariah apa-apa persoalan undang-undang yang telah timbul semasa perjalanan perbicaraan orang itu dan yang penentuannya akan menyentuh keputusan perbicaraan itu.

(2)

Orang yang disabitkan sedemikian hendaklah sesudah itu ditahan di penjara atau, jika difikirkan patut oleh Hakim, dibenarkan mengikat jamin.

(3)

Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mengkaji semula kes itu, atau mana-mana bahagiannya sebagaimana yang perlu, dan menentukan persoalan itu dengan muktamad, dan sesudah itu boleh mengubah hukuman yang dijatuhkan dan menjatuhkan apa-apa hukuman atau memberikan atau membuat apa-apa penghakiman atau perintah yang difikirkan patut oleh Mahkamah Rayuan Syariah.