Skip to content

Seksyen 170

Kuasa semasa penyemakan

of Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997

ActIn forceProvision 170 of 231
Seksyen 170
(1)

Jika dalam menjalankan bidang kuasa penyemakannya,

Mahkamah meminta supaya rekod prosiding atau rekod itu dirujukkan kepadanya, Mahkamah boleh menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan oleh sekyen 141,145,146 dan 147.

Tatacara Jenayah Syariah 105

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

(2)

Tiada perintah di bawah seksyen ini boleh dibuat yang memudaratkan tertuduh melainkan jika dia telah diberi peluang untuk didengar, sama ada sendiri atau melalui Peguam Syarienya, dalam membela dirinya sendiri.

(3)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan memberi kuasa kepada Mahkamah yang menjalankan mana-mana bidang kuasa penyemakan untuk mengubah suatu dapatan pembebasan kepada sabitan.