Skip to content

Seksyen 174

Rekod fakta yang mewujudkan kesalahan

of Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997

ActIn forceProvision 174 of 231
Seksyen 174
(1)

Dalam tiap-tiap kes sedemikian Mahkamah hendaklah merekodkan fakta-fakta yang mewujudkan kesalahan itu, bersama dengan pernyataan, jika ada, yang dibuat oleh pesalah itu dan juga dapatan serta hukuman itu.

(2)

Jika kesalahan itu ialah kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 217, rekod itu mestilah menunjukkan jenis dan peringkat prosiding kehakiman yang sedang dijalankan oleh

Mahkamah yang telah diganggu atau dihina itu, dan jenis gangguan atau penghinaan itu.