Seksyen 164
Penghakiman
of Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
Apabila tamat pendengaran apa-apa rayuan, Mahkamah
Rayuan Syariah hendaklah, sama ada dengan serta-merta atau kemudiannya pada suatu tarikh yang ditetapkan bagi maksud itu yang notis mengenainya hendaklah diberikan kepada pihak-pihak dalam rayuan itu, menyampaikan penghakiman di dalam Mahkamah terbuka.
(2)
Dalam rayuan dan perkara jenayah, Mahkamah Rayuan
Syariah hendaklah pada lazimnya memberikan hanya satu penghakiman yang boleh diumumkan oleh Pengerusi atau oleh mana-mana anggota lain
Mahkamah
Rayuan
Syariah sebagaimana yang diarahkan oleh Pengerusi, tetapi penghakiman yang berasingan boleh disampaikan jika Pengerusi menentukan sedemikian.
(3)
Penghakiman mana-mana anggota Mahkamah Rayuan Syariah yang tidak hadir boleh dibacakan oleh mana-mana Hakim lain.
Penghakiman atau perintah hendaklah dimaklumkan kepada