Seksyen 162
Kuasa Mahkamah Rayuan Syariah
of Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
Semasa pendengaran sesuatu rayuan, Mahkamah Rayuan
Syariah hendaklah mendengar perayu atau Peguam Syarienya jika dia hadir dan, jika difikirkannya patut, responden atau Peguam
Syarienya, jika dia hadir, dan boleh mendengar perayu atau Peguam
Syarienya menjawab dan Mahkamah Rayuan Syariah boleh sesudah itu mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan
Mahkamah perbicaraan, atau boleh memerintahkan suatu perbicaraan semula atau boleh menghantar balik perkara itu berserta dengan pendapat
Mahkamah
Rayuan
Syariah mengenainya kepada
Mahkamah perbicaraan, atau boleh membuat apa-apa perintah lain
100 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
dalam perkara itu sebagaimana yang difikirkannya adil, dan boleh melalui perintah itu menjalankan apa-apa kuasa yang boleh dijalankan oleh Mahkamah perbicaraan.
(2)
Pada pendengaran sesuatu rayuan, Mahkamah Rayuan Syariah boleh, jika difikirkannya bahawa suatu hukuman yang lain sepatutnya telah dijatuhkan, membatalkan hukuman yang dijatuhkan oleh
Mahkamah perbicaraan dan menjatuhkan apa-apa hukuman lain yang diwajarkan oleh undang-undang, sama ada lebih atau kurang beratnya, sebagai menggantikan hukuman asal sebagaimana yang difikirkannya sepatutnya telah dijatuhkan.