Skip to content

Seksyen 178

Rayuan

of Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997

ActIn forceProvision 178 of 231
Seksyen 178
(1)

Semua hukuman yang dijatuhkan di bawah Bab ini boleh dirayukan kepada Mahkamah Tinggi Syariah, dalam hal hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rendah Syariah, dan kepada

Mahkamah Rayuan Syariah, dalam hal hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah.

(2)

Bab 1 hendaklah, setakat yang boleh terpakai, terpakai bagi rayuan di bawah seksyen ini dan Mahkamah rayuan boleh mengubah atau mengakaskan dapatan atau mengurangkan, mengubah atau mengakaskan hukuman yang dirayukan itu.

(3)

Bab 2 hendaklah juga terpakai bagi semua prosiding oleh seorang Hakim di bawah Bab ini.

Hakim tidak boleh membicarakan kesalahan tertentu yang dilakukan di hadapannya