Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 · Updated to 1 Jun 2021 · Bahagian III · Rancangan Pemajuan
10. Kelulusan atau penolakan draf rancangan struktur oleh Jawatankuasa
Feedback & supportJawatankuasa boleh, selepas menimbangkan suatu draf rancangan struktur yang dikemukakan atau dikemukakan semula kepadanya, sama ada meluluskannya, keseluruhan atau sebahagian daripadanya dan dengan atau tanpa ubah suaian atau syarat-syarat, atau menolaknya.
Dalam menimbangkan draf rancangan struktur itu,
Jawatankuasa boleh mengambil kira apa-apa perkara yang difikirkannya berkaitan, sama ada atau tidak ia telah diambil kira dalam rancangan itu seperti yang dikemukakan atau dikemukakan semula kepadanya.
Jika, pada masa menimbangkan draf rancangan struktur itu,
Jawatankuasa tidak memutuskan untuk menolaknya, ia hendaklah, sebelum memutuskan sama ada hendak meluluskannya atau tidak—
menimbangkan apa-apa bantahan terhadap rancangan itu, setakat bantahan itu dibuat mengikut kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 17;
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 172
memberikan kepada orang yang bantahannya dibuat sedemikian tidak ditarik balik, peluang untuk hadir di hadapan, dan didengar oleh, suatu jawatankuasa kecil yang dilantik oleh Jawatankuasa, dan yang terdiri daripada empat orang ahli Jawatankuasa seorang daripadanya hendaklah dilantik menjadi pengerusi jawatankuasa kecil itu; dan
jika suatu siasatan tempatan atau pendengaran lain diadakan, memberikan juga peluang yang sama kepada
Pengarah Negeri dan kepada orang lain yang difikirkan patut oleh Jawatankuasa.
Tanpa menjejaskan subseksyen (3), dalam menimbangkan suatu draf rancangan struktur, Jawatankuasa—
hendaklah berunding dengan Majlis bagi mendapatkan arahan dan nasihatnya; dan
boleh berunding dengan, atau menimbangkan pandangan, mana-mana pihak berkuasa lain atau mana-mana orang lain tetapi tidaklah bertanggungan untuk berunding dengan, atau menimbangkan pandangan, mana-mana pihak berkuasa lain atau mana-mana orang lain atau, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh subseksyen itu, memberikan peluang untuk membuat apa-apa bantahan atau representasi lain, atau mengarahkan supaya diadakan suatu siasatan tempatan atau pendengaran lain.
Jika Jawatankuasa tidak atau telah mengabaikan untuk meluluskan atau menolak suatu draf rancangan struktur dalam masa enam bulan selepas ia dikemukakan kepadanya, Pengarah Negeri boleh merujukkan draf rancangan struktur itu kepada Majlis untuk membuat keputusan mengenainya.
Setelah meluluskan draf rancangan struktur itu, Jawatankuasa hendaklah mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk mendapatkan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri bagi rancangan itu, dan setelah persetujuan diberikan, rancangan itu hendaklah berkuat kuasa.
Perancangan Bandar dan Desa 37
Jawatankuasa hendaklah menyebabkan supaya fakta persetujuan Pihak Berkuasa Negeri bagi suatu draf rancangan struktur disiarkan dalam Warta Negeri dan sekurang-kurangnya dalam dua akhbar tempatan, satu daripadanya dalam bahasa kebangsaan, bersama dengan tanda yang dengannya rancangan itu dikenal pasti dan suatu pernyataan mengenai tempat rancangan itu boleh diperiksa.
Kajian semula atau pengubahan rancangan struktur