Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2021Read it in English

Bahagian III · Rancangan Pemajuan

11B. Tatacara bagi pengubahan rancangan struktur

Feedback & support
(1)

Jika diputuskan di bawah seksyen 11 bahawa suatu pengubahan akan dibuat kepada rancangan struktur bagi Negeri itu,

Pengarah Negeri hendaklah menyediakan dan mengemukakan kepada

Jawatankuasa cadangan bagi pengubahan itu.

(2)

Dalam merumuskan cadangan bagi pengubahan itu, Pengarah

Negeri hendaklah memberikan perhatian kepada apa-apa perkara yang diarahkan oleh Majlis atau Jawatankuasa.

(3)

Pengarah Negeri hendaklah mengemukakan rancangan struktur yang mengandungi cadangan pengubahan kepada

Jawatankuasa dan pada masa yang sama menyiarkan suatu notis dalam sekurang-kurangnya dua akhbar tempatan, satu daripadanya dalam bahasa kebangsaan, menyatakan bahawa salinan rancangan itu tersedia untuk diperiksa dan bahawa bantahan boleh dibuat dalam tempoh satu bulan dari tarikh penyiaran itu.

(4)

Jawatankuasa hendaklah melantik suatu jawatankuasa kecil yang terdiri daripada empat orang anggota Jawatankuasa, seorang daripadanya hendaklah dilantik menjadi pengerusi jawatankuasa kecil itu, dan jawatankuasa kecil hendaklah mendengar tiap-tiap bantahan yang dibuat mengikut kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 17.

(5)

Jawatankuasa kemudiannya hendaklah menimbangkan pengubahan yang dicadangkan kepada rancangan struktur, dan sama ada meluluskannya, secara keseluruhan atau sebahagiannya dan dengan atau tanpa ubah suaian, atau menolaknya.

(6)

Jawatankuasa hendaklah mengemukakan rancangan struktur yang diubah yang telah diluluskan kepada Pihak Berkuasa Negeri bagi persetujuan Pihak Berkuasa Negeri mengenai rancangan itu, dan apabila persetujuan itu diberikan, rancangan struktur yang diubah itu hendaklah berkuat kuasa.

(7)

Jawatankuasa hendaklah menyebabkan fakta persetujuan Pihak

Berkuasa Negeri tentang rancangan struktur yang diubah itu disiarkan dalam Warta Negeri.

Perancangan Bandar dan Desa 39

Penyediaan draf rancangan tempatan

Report

Bahagian IV

Kawalan Perancangan

Bahagian V

Caj Pemajuan

Bahagian VI

Lembaga Rayuan

Bahagian VII

Notis Pembelian dan Pengambilan Tanah

Bahagian VIII

Kawasan Pemajuan

Bahagian IX

Peruntukan Pelbagai