Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 · Updated to 1 Jun 2021 · Bahagian III · Rancangan Pemajuan
16B. Rancangan kawasan khas
Feedback & supportJika pada bila-bila masa semasa penyediaan atau apabila mula berkuat kuasanya sesuatu rancangan struktur atau rancangan tempatan,
Pengarah Negeri atau pihak berkuasa perancang tempatan, atas daya usahanya sendiri atau sebagaimana yang diarahkan oleh Jawatankuasa, boleh mengemukakan kepada Jawatankuasa cadangan bagi penetapan suatu kawasan khas bagi pengolahan khas dan terperinci dengan cara pemajuan, pemajuan semula, pengelokan, pemuliharaan atau amalan pengurusan, atau sebahagiannya dengan satu kaedah dan sebahagian lagi dengan kaedah yang lain, bagi keseluruhan atau sebahagian kawasan khas itu, dan jenis pengolahan yang dicadangkan.
Bagi maksud subseksyen (1), Jawatankuasa hendaklah menentukan sama ada Pengarah Negeri atau pihak berkuasa perancang tempatan yang bertanggungjawab menyediakan suatu rancangan bagi kawasan khas itu.
Bagi maksud subseksyen (2), rancangan bagi sesuatu kawasan khas hendaklah disediakan dengan cara yang sama sebagaimana penyediaan rancangan tempatan, tetapi hendaklah dimasukkan ke dalam rancangan itu panduan yang terperinci bagi pelaksanaan dan
46 Undang-Undang Malaysia AKTA 172
pengurusannya, dan rancangan itu hendaklah mempunyai kuat kuasa seperti suatu rancangan tempatan.