Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 · Updated to 1 Jun 2021 · Bahagian III · Rancangan Pemajuan
12A. Publisiti berkaitan dengan penyediaan draf rancangan tempatan
Feedback & supportSebelum memulakan penyediaan suatu rancangan tempatan, pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah mengambil apa-apa langkah yang pada pendapatnya akan memastikan—
bahawa publisiti diberikan di dalam kawasannya mengenai draf rancangan tempatan yang akan disediakan, matlamatnya dan maksud bagi penyediaannya, dan perkara yang pihak berkuasa perancang tempatan bercadang untuk memasukkannya ke dalam rancangan itu;
bahawa orang yang mungkin dijangkakan ingin mendapatkan peluang untuk membuat representasi kepada pihak berkuasa perancang tempatan itu berkenaan dengan perkara itu menyedari bahawa mereka berhak mendapat, dan diberi, peluang untuk berbuat demikian.