Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 · Updated to 1 Jun 2021 · Bahagian III · Rancangan Pemajuan
14. Siasatan dan pendengaran berkenaan dengan draf rancangan tempatan
Feedback & supportBagi maksud menimbangkan bantahan terhadap dan representasi berkenaan dengan sesuatu draf rancangan tempatan, pihak berkuasa perancang tempatan boleh mengarahkan supaya suatu siasatan tempatan atau pendengaran lain diadakan oleh suatu jawatankuasa yang terdiri daripada tiga orang yang dilantik oleh
Jawatankuasa Perancang Negeri.
Pihak Berkuasa Negeri boleh melalui kaedah-kaedah—
membuat peruntukan berkenaan dengan pelantikan dan kelayakan bagi pelantikan orang untuk mengadakan siasatan tempatan atau pendengaran lain di bawah subseksyen (1);
membuat peruntukan berkenaan dengan saraan dan elaun orang yang dilantik untuk mengadakan siasatan tempatan atau pendengaran lain di bawah subseksyen itu.
Perancangan Bandar dan Desa 43