Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2021Read it in English

Bahagian III · Rancangan Pemajuan

13. Publisiti berkaitan dengan draf rancangan tempatan

Feedback & support
(1)

Apabila pihak berkuasa perancang tempatan telah menyediakan draf rancangan tempatan, ia hendaklah, sebelum menerima pakainya di bawah subseksyen 15(1), tetapi tidak sebelum rancangan struktur, setakat ia terpakai bagi kawasan draf rancangan tempatan itu, berkuat kuasa, dan tertakluk pada subseksyen (2), menyediakan salinan draf rancangan tempatan itu untuk diperiksa di pejabatnya dan di tempat lain yang ditentukannya; dan setiap salinan yang disediakan untuk diperiksa hendaklah disertakan dengan suatu pernyataan mengenai masa, sebagaimana yang dinyatakan dalam notis yang disiarkan di bawah subseksyen (2), yang bantahan terhadap atau representasi berkenaan dengan draf rancangan tempatan itu boleh dibuat kepada pihak berkuasa perancang tempatan.

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 172

(2)

Sebelum menyediakan salinan draf rancangan tempatan untuk diperiksa di bawah subseksyen (1), pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah menyiarkan, dalam tiga keluaran daripada sekurang-kurangnya dua akhbar tempatan, satu daripadanya dalam bahasa kebangsaan, suatu notis yang menyatakan tarikh salinan draf rancangan tempatan itu akan mula tersedia untuk diperiksa, tempat di mana ia akan tersedia untuk diperiksa dan masa, yang hendaklah tidak kurang daripada empat minggu dari tarikh salinan draf rancangan tempatan itu mula tersedia untuk diperiksa, yang bantahan terhadap atau representasi berkenaan dengan draf rancangan tempatan itu boleh dibuat kepada pihak berkuasa perancang tempatan.

(3)

Masa yang dinyatakan dalam notis di bawah subseksyen (2)

bagi membuat bantahan terhadap atau representasi berkenaan dengan draf rancangan tempatan boleh dilanjutkan sekali oleh pihak berkuasa perancang tempatan selama tidak lebih daripada empat minggu atas permohonan mana-mana orang.

Report

Bahagian IV

Kawalan Perancangan

Bahagian V

Caj Pemajuan

Bahagian VI

Lembaga Rayuan

Bahagian VII

Notis Pembelian dan Pengambilan Tanah

Bahagian VIII

Kawasan Pemajuan

Bahagian IX

Peruntukan Pelbagai