Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2021Read it in English

Bahagian III · Rancangan Pemajuan

16. Section 16

Feedback & support
(1)

Pihak berkuasa perancang tempatan boleh pada bila-bila masa, membuat cadangan untuk pengubahan, pembatalan, atau penggantian suatu rancangan tempatan.

(2)

Tanpa menyentuh subseksyen (1), pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah, jika Jawatankuasa memberikan ia arahan bagi maksud itu berkenaan dengan suatu rancangan tempatan, dengan secepat yang dapat dilaksanakan menyediakan cadangan daripada jenis yang dinyatakan dalam arahan itu, iaitu cadangan untuk pengubahan, pembatalan, atau penggantian rancangan itu.

(3)

Subseksyen 12(8) dan (9), dan seksyen 13, 14 dan 15, hendaklah terpakai berhubung dengan pembuatan cadangan untuk pengubahan, pembatalan, atau penggantian suatu rancangan tempatan di bawah seksyen ini dan berkenaan dengan apa-apa pengubahan, pembatalan atau penggantian rancangan itu yang berikutnya, sebagaimana ia terpakai berhubung dengan penyediaan draf rancangan tempatan di bawah seksyen 12 dan berhubung dengan draf rancangan tempatan yang disediakan di bawahnya.

Perancangan Bandar dan Desa 45

Report

Bahagian IV

Kawalan Perancangan

Bahagian V

Caj Pemajuan

Bahagian VI

Lembaga Rayuan

Bahagian VII

Notis Pembelian dan Pengambilan Tanah

Bahagian VIII

Kawasan Pemajuan

Bahagian IX

Peruntukan Pelbagai