Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 · Updated to 1 Jun 2021 · Bahagian IV · Kawalan Perancangan
20B. Kewajipan untuk mendapatkan nasihat
Feedback & supportTanpa menjejaskan seksyen 20A, hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap jabatan atau agensi Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri untuk mendapatkan nasihat Majlis mengenai cadangan pemajuan yang berhubungan dengan—
apa-apa penebusgunaan pinggir laut tidak termasuk penebusgunaan bagi pembinaan jeti atau pemulihan pantai;
dan
apa-apa pembinaan infrastruktur utama negara termasuklah—
lapangan terbang, pelabuhan laut, pelabuhan darat, rangkaian pengangkutan kereta api, lebuh raya, stesen jana kuasa, empangan dan tapak pembuangan sisa toksik; dan
infrastruktur lain yang berkepentingan negara sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.
50 Undang-Undang Malaysia AKTA 172
Bagi maksud mendapatkan nasihat Majlis di bawah subseksyen (1), jabatan atau agensi Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri hendaklah mengemukakan kepada Majlis cadangan pemajuan itu bersama dengan suatu laporan penilaian impak sosial dan laporan lain sebagaimana yang ditentukan oleh
Majlis.
Permohonan untuk kebenaran merancang