Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 · Updated to 1 Jun 2021 · Bahagian IV · Kawalan Perancangan
31. Section 31
Feedback & supportJika apa-apa kehendak apa-apa notis yang disampaikan di bawah mana-mana peruntukan seksyen 27, 28, 29 dan 30, selain suatu kehendak supaya dihentikan apa-apa pemajuan atau aktiviti, tidak dipatuhi dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau dalam tempoh lanjutan yang mungkin telah dibenarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan masing-masing, seseorang yang diberi kuasa boleh, dengan atau tanpa pekerja, memasuki tanah yang berhubungan dengan notis itu dan mengambil sesuatu langkah yang perlu untuk melaksanakan notis itu, termasuk meroboh atau mengubah mana-mana bangunan atau kerja dan memindahkan apa-apa barang, kenderaan, atau benda dari mana-mana bangunan atau tanah itu.
*CATATAN—Dahulunya “lima puluh ribu ringgit”–lihat Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan)
2001 [Akta A1129].
** CATATAN—Dahulunya “satu ribu ringgit”–lihat Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2001
[Akta A1129].
76 Undang-Undang Malaysia AKTA 172
Pihak berkuasa perancang tempatan boleh meminta ketua polis daerah di kawasan pihak berkuasa perancang tempatan itu terletak menyediakan pegawai polis untuk memberi bantuan kepada orang diberi kuasa dalam mengambil apa-apa tindakan menurut kuasa subseksyen (1) dan menjadi kewajipan ketua polis daerah itu mematuhi permintaan itu dan kewajipan pegawai polis yang disediakan bagi mematuhi permintaan itu memberi bantuan.
Pihak berkuasa perancang tempatan boleh menuntut perbelanjaan dan kos yang dilakukannya dalam melaksanakan suatu notis di bawah subseksyen (1) dari pemunya tanah yang berhubungan dengan notis itu dengan cara seperti mana kadar yang dituntut di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan kerajaan tempatan.