Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2021Read it in English

Bahagian IV · Kawalan Perancangan

21A. Laporan cadangan pemajuan

Feedback & support
(1)

Sebagai tambahan kepada dokumen dan pelan yang dikehendaki supaya dikemukakan di bawah subseksyen 21(1) untuk kebenaran merancang, pemohon hendaklah mengemukakan suatu laporan cadangan pemajuan yang hendaklah mengandungi yang berikut:

(a)

konsep dan justifikasi pemajuan;

(b)

peta lokasi dan pelan tapak;

(c)

butir-butir hak milik tanah dan sekatan, jika ada;

(d)

(i)

perihal tanah termasuk alam sekitar dari segi fizikal, topografi, lanskap, geologi, kontur, saliran, air dan tadahan air dan bentuk semula jadi di atasnya;

(ii)

suatu tinjauan pokok dan semua jenis tumbuh-tumbuhan; dan

(iii)

butir-butir bangunan, yang berkemungkinan disentuh oleh pemajuan itu;

Perancangan Bandar dan Desa 53

(e)

analisis guna tanah dan kesannya terhadap tanah yang bersempadan;

(ea)

analisis dan langkah-langkah mitigasi bagi impak sosial dan impak lain sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa perancang tempatan;

(f)

pelan susun atur yang mengandungi butir-butir yang ditentukan dalam seksyen 21B; dan

(g)

apa-apa perkara lain yang ditetapkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan.

(1A)

(Dipotong oleh Akta A1522).

(2)

Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui kaedah-kaedah, mengecualikan apa-apa pemajuan atau kelas, jenis atau kategori pemajuan daripada mengemukakan—

(a)

suatu laporan cadangan pemajuan di bawah subseksyen (1); atau

(b)

suatu laporan cadangan pemajuan yang mengandungi mana-mana perkara yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a)

hingga (g).

Report

Bahagian V

Caj Pemajuan

Bahagian VI

Lembaga Rayuan

Bahagian VII

Notis Pembelian dan Pengambilan Tanah

Bahagian VIII

Kawasan Pemajuan

Bahagian IX

Peruntukan Pelbagai