Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2021Read it in English

Bahagian IV · Kawalan Perancangan

23. Rayuan terhadap keputusan pihak berkuasa perancang tempatan

Feedback & support
(1)

Sesuatu rayuan terhadap keputusan pihak berkuasa perancang tempatan yang dibuat di bawah subseksyen 22(3) boleh dibuat kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh satu bulan dari tarikh keputusan itu dikemukakan kepadanya, oleh—

(a)

seseorang pemohon bagi kebenaran merancang yang terkilan dengan keputusan pihak berkuasa perancang tempatan yang enggan memberikan kebenaran merancang atau dengan apa-apa syarat yang dikenakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan dalam memberikan kebenaran merancang itu; dan 60 Undang-Undang Malaysia AKTA 172

(b)

seseorang yang telah membuat bantahan menurut subseksyen 21(6) dan yang terkilan dengan keputusan pihak berkuasa perancang tempatan berhubung dengan bantahannya.

(2)

Dalam menimbangkan sesuatu rayuan, Lembaga Rayuan hendaklah mendengar pihak merayu dan pihak berkuasa perancang tempatan itu.

(3)

Selepas mendengar rayuan itu, Lembaga Rayuan boleh membuat sesuatu perintah—

(a)

mengesahkan keputusan pihak berkuasa perancang tempatan itu dan menolak rayuan;

(b)

membenarkan rayuan itu dengan mengarahkan pihak berkuasa perancang tempatan memberikan kebenaran merancang secara mutlak atau tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Lembaga Rayuan;

(c)

membenarkan rayuan itu dengan mengetepikan apa-apa kebenaran merancang yang telah diberikan; atau

(d)

membenarkan rayuan itu dengan mengarahkan pihak berkuasa perancang tempatan itu memotong atau mengubah suai mana-mana syarat yang tertakluk padanya kebenaran merancang itu telah diberikan atau menggantikan syarat itu dengan apa-apa syarat lain yang difikirkan patut oleh Lembaga Rayuan.

Report

Bahagian V

Caj Pemajuan

Bahagian VI

Lembaga Rayuan

Bahagian VII

Notis Pembelian dan Pengambilan Tanah

Bahagian VIII

Kawasan Pemajuan

Bahagian IX

Peruntukan Pelbagai