Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 · Updated to 1 Jun 2021 · Bahagian IV · Kawalan Perancangan
21B. Pelan susun atur
Feedback & supportPelan susun atur di bawah perenggan 21A(1)(f) hendaklah menunjukkan pemajuan yang dicadangkan dan khususnya—
jika pemajuan itu berkenaan dengan mana-mana tanah—
langkah bagi melindungi dan memperelok alam sekitarnya dari segi fizikal;
langkah bagi memelihara topografi semula jadinya;
langkah bagi memperelok lanskapnya;
54 Undang-Undang Malaysia AKTA 172
langkah bagi memelihara dan menanam pokok di atasnya;
lokasi dan spesies pokok yang lilitannya melebihi 0.8 meter dan tumbuh-tumbuhan lain di atasnya;
pengadaan tanah lapang;
cadangan kerja tanah, jika ada; dan
perihal kerja yang hendak dijalankan;
jika pemajuan itu berkenaan dengan suatu bangunan yang mempunyai seni bina tersendiri atau kepentingan sejarah, butir-butir untuk mengenal pasti bangunan itu termasuk kegunaan dan keadaannya, serta ciri-ciri, rupa, binaan dan bentuknya yang tersendiri dan langkah bagi melindungi, memeliharanya dan mengindahkannya; dan
jika pemajuan itu melibatkan kerja bangunan, butir-butir mengenai ciri dan rupa bangunan yang terletak di kawasan sekeliling.
Pihak berkuasa perancang tempatan boleh memberikan arahan kepada pemohon untuk kebenaran merancang berkenaan dengan perkara berkaitan pelan susun aturnya sebagaimana yang difikirkan perlu oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu.
Pemohon yang telah diberikan arahan di bawah subseksyen (2)
hendaklah meminda pelan susun aturnya dengan sewajarnya, dan mengemukakan semula pelan susun atur itu dalam masa apa-apa tempoh atau tempoh lanjutan yang ditentukan oleh pihak berkuasa perancang tempatan.
Jika pelan susun atur itu tidak dikemukakan semula dalam masa tempoh atau tempoh lanjutan yang ditentukan, permohonan untuk kebenaran merancang itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik tetapi pemohon boleh mengemukakan permohonan yang baharu.
Perancangan Bandar dan Desa 55