Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 · Updated to 1 Jun 2021 · Bahagian IV · Kawalan Perancangan
31A. Ketidakselarasan antara undang-undang kecil bangunan dengan rancangan pemajuan
Feedback & supportJika ketidakselarasan wujud antara mana-mana undang-undang kecil bangunan dengan rancangan pemajuan berhubung dengan mana-mana dasar dalam rancangan itu—
rancangan pemajuan hendaklah mengatasi undang-undang kecil itu; dan
pihak berkuasa yang memberikan kelulusan hendaklah memakai peruntukan undang-undang kecil bangunan itu dengan apa-apa cara dan setakat yang perlu untuk mengelakkan ketidakselarasan itu, tetapi dengan memastikan bahawa piawai kekukuhan bangunan demi keselamatan dan keselesaan penghuni dicapai berkenaan dengan pemajuan itu sebaik yang dapat semunasabahnya dicapai dalam hal keadaan itu.
Perancangan Bandar dan Desa 77