Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 · Updated to 1 Jun 2021 · Bahagian IV · Kawalan Perancangan
21C. Penyediaan pelan, dsb., oleh seseorang yang berkelayakan
Feedback & supportSemua pelan, butir-butir, pelan susun atur dan dokumen lain yang dikehendaki supaya dikemukakan di bawah Akta ini hendaklah disediakan oleh—
(a)
seseorang yang kelayakannya ditetapkan di bawah perenggan 58(2)(h); atau
(b)
seseorang yang berhak berbuat sedemikian di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.