Skip to content
In forceUpdated to 18 Mar 2022Read it in English

Bahagian II · Pentadbiran

13. Pendapat dan carian awal oleh Pendaftar

Feedback & support
(1)

Pendaftar boleh memberikan pendapat dan hasil carian awal kepada mana-mana orang yang bercadang untuk memohon pendaftaran cap dagangan dalam Daftar sama ada cap dagangan itu ialah cap dagangan yang prima facie boleh didaftarkan.

(2)

Mana-mana orang boleh memohon bagi suatu pendapat dan hasil carian awal itu mengikut bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama-sama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.

(3)

Walau apa pun suatu permohonan bagi pendaftaran cap dagangan telah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan dan Pendaftar telah memberikan pendapat atau hasil carian awal dalam bentuk afirmatif, Pendaftar, selepas penyiasatan atau pertimbangan selanjutnya, boleh membangkitkan apa-apa penolakan yang menyebabkan cap dagangan itu tidak boleh didaftarkan.

(4)

Dalam hal keadaan di bawah subseksyen (3), pemohon adalah berhak kepada apa-apa fi yang dibayar atas pemfailan permohonan dikembalikan kepadanya tertakluk pada syarat yang ditetapkan, apabila memberikan notis penarikan balik permohonan itu dalam tempoh yang ditetapkan.

(5)

Permohonan yang dibuat oleh pemohon dalam subseksyen (2), dan pendapat dan hasil carian awal yang diberikan oleh Pendaftar adalah rahsia dan tidak boleh dibuka untuk pemeriksaan awam.

26

Undang-Undang Malaysia

Report

Bahagian III

Daftar Cap Dagangan

Bahagian IV

Pendaftaran Cap Dagangan

Bab 1

Bab 2

Bab 3

Bab 4

Bab 5

Bab 6

Bab 7

Bab 8

Bahagian V

Pembahagian dan Penggabungan

Bahagian VI

Tempoh dan Pembaharuan Cap Dagangan Berdaftar

Bahagian VII

Pengubahan, Pembetulan, Pemotongan, Pembatalan dan Ketidaksahan

Bahagian VIII

Kesan Cap Dagangan Berdaftar

Bahagian IX

Cap Dagangan Sebagai Objek Harta

Bahagian X

Pelesenan

Bahagian XI

Cap Kolektif dan Cap Perakuan

Bahagian XII

Perkara Antarabangsa

Bahagian XIII

Langkah-Langkah Sempadan

Bahagian XIV

Ejen Cap Dagangan

Bahagian XV

Kesalahan

Bahagian XVI

Penyiasatan dan Penguatkuasaan

Bahagian XVII

Prosiding Undang-Undang di Mahkamah, Kos dan Keterangan

Bahagian XVIII

Pelbagai dan Am

Bahagian XIX

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules