Skip to content
In forceUpdated to 18 Mar 2022Read it in English

Bahagian XIX · Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

164. Pemansuhan dan kecualian

Feedback & support
(1)

Akta Cap Dagangan 1976 dimansuhkan.

(2)

Walau apa pun pemansuhan Akta di bawah subseksyen (1)—

(a)

apa-apa pelantikan yang dibuat di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan seolah-olah pelantikan itu telah dibuat di bawah Akta ini;

(b)

semua keputusan, arahan dan notis yang dibuat atau dikeluarkan di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah, setakat yang keputusan, arahan dan notis itu selaras dengan Akta ini, terus berkuat kuasa sehingga keputusan, arahan dan notis itu dibatalkan atau dipinda;

(c)

apa-apa penyiasatan, perbicaraan dan prosiding yang dilakukan, diambil atau dimulakan di bawah Akta yang dimansuhkan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada permulaan kuat kuasa

Akta ini, diuruskan seolah-olah

Akta yang dimansuhkan tidak dimansuhkan oleh Akta ini; dan

(d)

tiada apa-apa jua dalam Akta yang dimansuhkan atau

Akta ini boleh menjejaskan liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah undang-undang yang dimansuhkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, atau mana-mana prosiding yang dibawa, hukuman yang dikenakan atau tindakan yang diambil sebelum hari itu berkenaan dengan kesalahan itu.

Cap Dagangan 149

Peruntukan peralihan bagi cap dagangan

Report