Akta Cap Dagangan 2019 · Updated to 18 Mar 2022 · Bab 2
17. Permohonan bagi pendaftaran cap dagangan
Feedback & supportMana-mana orang yang menuntut bahawa dia ialah tuan punya yang bona fide bagi suatu cap dagangan boleh memohon bagi pendaftaran cap dagangan itu jika—
orang itu menggunakan atau bercadang untuk menggunakan cap dagangan itu dalam penjalanan perdagangan; atau
orang itu telah diberi kuasa atau bercadang untuk memberi kuasa kepada orang lain untuk menggunakan cap dagangan itu dalam penjalanan perdagangan.
Suatu permohonan bagi pendaftaran cap dagangan hendaklah dibuat mengikut bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar dalam tempoh yang ditetapkan bersama-sama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.
Jika cap dagangan yang dimohon bagi pendaftaran mengandungi atau terdiri daripada perkataan yang tidak ada dalam huruf rumi, atau bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, pemohon hendaklah, dalam tempoh yang ditetapkan, mengemukakan kepada Pendaftar yang berikut:
transliterasi cap dagangan itu;
terjemahan cap dagangan itu; atau
apa-apa maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh
Pendaftar.
Jika kehendak di bawah subseksyen (2) atau (3) tidak dipatuhi dalam tempoh yang ditetapkan, permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik balik.
Seseorang yang memohon bagi pendaftaran cap dagangan boleh meminta kepada Pendaftar untuk mempercepat pemeriksaan dengan memfailkan permohonan mengikut bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar dalam tempoh yang ditetapkan bersama-sama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.
28
Undang-Undang Malaysia